Minggu, 11 November 2012

Jauhilah Sifat Hasad-Dengki Dalam Menulis Status Akun Facebook

Assalamu'alaikum Warahmatullah wabarakatuh.....
Bismillahirrahmanirrahim.....


Dikutipan  Dari Status Page K. H. Muhammad Arifin Ilham.


Kalau hasad-dengki adalah sifat sangat tercela, benci melihat orangg lain yangg lebih sukses dari dirinya, lalu mncari cari "tajassus" kekurangan orang yang dibencinya untuk disebarkan, kalau tidak ada maka dia buat fitnah. Boleh jadi siang malam berfikirnya hanya untuk menjatuhkan orangg yang dibencinya. Lain halnya dengan sifat GHIBTHOH lawan dari hasad, ini adalah sifat terpuji, akhlak para nabi & orangg-orang sholeh, sangat senang melihat kelebihan saudaranya, dia dekati, dia doakan agar saudaranya selalu dalam berkah bahkan ia senang belajar kepada saudaranya yangg lebih sukses dari dirinya, SubhanAllah. Sahabatku, sifat hasad membuat empunya menderita, bermusuhan, amal ibadahnyapun ludes, celaka dunia akhirat, sementara sifat ghibthoh sangat menyenangkan, bersahabat, sehat wal afiat, bahagia dunia akhirat. Allahumma ya Allah hiasilah hidup kami dg kemuliaan sifat ghibthoh...aamiin".


Sahabat yang dirahmati Allah,

Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah SWT yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Yaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata'ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerusakan.

Di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut. Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Popularitas
7) Busuk Hati

1). Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pemaaf.

Fiirman Allah SWT yang bermaksud : "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"(Hadis Riwayat Baihaqi)

2). Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

3). Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah SWT berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah SWT semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?

Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

4). Ujub (bangga diri)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Yaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata'ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :

"Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?"

Dan ungkapan yang berbunyi: "Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?"

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata'ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

5). Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

6). Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7). Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah SWT Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.

sahabat fillahku..... jangan mengira apa yg kita tulis di akun facebook, twitter, bloger atau kolom komentar dan lain-lain tidak ada pertanggung jawabannya, kita akan mempertanggung jawabkan apa yang kita tulis di ahirat kelak.

"....sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya". (QS. 17 :36)

"Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya". (QS Al-Baqarah :235).

"Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir". (QS. Qaaf :18)

wallahu a'lam bish-shawab

Tidak ada komentar:

Posting Komentar